Bantuan ANIS

MAKLUMAN

Permohonan Bantuan ANIS Telah Ditutup

Program bantuan Anak Istimewa Selangor atau dengan singkatan nama ANIS telah dilaksanakan bermula pada tahun 2019.

Bantuan khas ini dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU dengan tujuan untuk mengurangkan bebanan kos perbelanjaan dalam menguruskan anak-anak OKU.

YAWAS mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon bantuan ANIS bagi mendapatkan manfaat bersifat one-off dengan jumlah maksima sehingga RM 5,000.00 setahun bagi satu isi keluarga.

Objektif Utama Bantuan ANIS adalah:

  1. Membantu meringankan tanggungan kos terapi, pemulihan, pendidikan dan sara hidup diwaktu kecemasan (makanan tambahan/ubat-ubatan) bagi anak-anak OKU yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga yang memohon.
  2. Membantu mengurangkan beban ibu bapa/ penjaga anak-anak OKU yang ingin membeli peralatan khas / mesin bagi tujuan pemulihan anak-anak OKU.
  3. Penerima manfaat adalah ibu bapa/penjaga kepada OKU yang berdaftar dan mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Ibu/Bapa/Penjaga pemohon hendaklah Pengundi Negeri Selangor;
  3. Penerima Bantuan Khas ANIS hendaklah berumur dibawah 18 tahun (mengikut tahun semasa)
  4. Anak mempunyai Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat; ATAU Pengesahan Diagnosis daripada Doktor yang berdaftar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia SAHAJA (Jika tidak mempunyai Kad OKU);
  5. Keutaaman kelulusan permohonan adalah diberikan kepada PERMOHONAN PERTAMA KALI;
  6. Keutamaan kelulusan permohonan adalah diberikan kepada pemohon yang berpendapatan B40 dan M40;
  7. Borang permohonan diproses berdasarkan kuota yang telah ditetapkan dan mengikut tarikh penghantaran borang yang lengkap.
  8. *Nota: Sekiranya terdapat maklumat palsu, permohonan anda akan dibatalkan dan sebarang rayuan tidak akan dilayan
  1. Makanan/keperluan tambahan*
  2. Pembelian/Pembaikian peralatan/mesin*
  3. Ubat-ubatan*
  4. Pendidikan (Terapi / Kelas Khas untuk anak OKU)
* berdasarkan preskripsi doktor sahaja
  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon (Ibu/Bapa/Penjaga)
  2. Salinan Sijil Kelahiran Anak
  3. Salinan Kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, atau Surat Pengesahan Doktor berkaitan dengan masalah anak. (Jika tiada kad OKU)
  4. Kategori Peralatan/ Barangan / Makanan
    Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Keterangan untuk makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)
  5. Kategori Pendidikan Khas/ Sesi Terapi
    Salinan surat pengesahan pusat terapi, sebut harga yuran bulanan, dan penyata bank pusat terapi. Hanya Pusat Terapi (EIP) SAHAJA yang dibenarkan untuk permohonan, pemohon yang menghantar anak ke Pusat Terapi yang tidak memenuhi syarat Pusat EIP, permohonan akan ditolak.
  6. Salinan Semakan daftar Pemilih SPR https://pengundi.spr.gov.my

  7. *Nota: Sekiranya penjaga merupakan ibubapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973
    *Nota: Pusat Terapi adalah Pusat EIP yang mempunyai Occupational Therapist dan; atau Speech Therapist
  1. Pemohon hendaklah membuat permohonan diatas talian di laman sesawang
    https://www.anisselangor.com/bantuananis
  2. Pemohon diminta isi borang permohonan dan lampirkan bersama dokumen sokongan seperti yang dinyatakan
  3. Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses. Borang permohonan dan dokumen boleh di hantar di alamat seperti berikut:

    Pejabat YAWAS
    Aras 5 Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor,
    40000 Shah Alam, Selangor.

  4. Borang dan Dokumen Sokongan hendaklah dihantar bermula 17 Mei 2023 sehingga 26 Mei 2023 jam 5.30 Petang
  5. Jika gagal menghantarnya sebarang rayuan tidak dilayan
  6. Sebarang pertanyaan Sila hubungi 03-55453170 / 03-55245068
  1. Jenis bantuan selain pendidikan seperti makanan/peralatan sokongan/keperluan khas/ubat-ubatan (mengikut saranan doktor):
    1. Pembelian barangan tersebut akan diuruskan oleh YAWAS dimana pembelian akan dibuat melalui panel lantikan YAWAS sahaja.
    2. Barang akan dihantar ke rumah penerima atau PKM setelah permohonan diluluskan dan urusan tempahan barang dibuat kepada panel.
    3. Pembayaran akan dibuat bermula bulan Jun
  2. Jenis bantuan berbentuk Pendidikan/Kelas terapi khas untuk anak OKU
    1. Pembayaran akan dibuat terus kepada pusat pendidikan/terapi yang diminta oleh pemohon.
    2. Proses pembayaran hanya akan dibuat selepas permohonan diluluskan.
    3. Pembayaran akan dibuat pada bulan Jun.
  1. Soalan: Saya mempunyai 2 orang anak OKU, bolehkah saya memohon untuk kedua-dua anak saya?

    Jawapan: Boleh. Permohonan hendaklah dibuat secara berasingan. Namun jumlah bantuan yang diperuntukkan untuk satu keluarga adalah sehingga RM5,000.00 sahaja setahun.

  2. Soalan: Anak saya menghidap autism tetapi tiada Kad OKU daripada JKM, bolehkah saya memohon?

    Jawapan: Boleh. Lampirkan bersama salinan surat pengesahan doktor yang menyatakan anak puan mempunyai simtom tersebut sewaktu permohonan dibuat.

  3. Soalan: Anak saya OKU dan berusia 19 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini?

    Jawapan: Tidak boleh. Permohonan hanya dibuka untuk anak di bawah usia 18 tahun sahaja.

  4. Soalan: Dimanakah saya boleh memohon bantuan ini?

    Jawapan: Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian sahaja di www.anisselangor.com/bantuananis. Adalah diingatkan selepas permohonan dibuat, borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dokumen yang diperlukan sebelum jam 530PM pada 26 Mei 2023. Dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan bantuan tidak akan diproses.

  5. Soalan: Anak OKU saya memerlukan bantuan peralatan sokongan seperti yang disarankan oleh doktor, bolehkan saya beli di luar dan lampirkan resit untuk menampung kos bayaran tersebut?

    Jawapan: Tidak boleh. Pembelian peralatan hanya boleh dibuat melalui panel lantikan di bawah YAWAS sahaja. Barang akan terus dihantar kepada penerima setelah proses kelayakan diluluskan dan tempahan kepada panel selesai.

  6. Soalan: Rumah saya jauh daripada Shah Alam. Dimanakah pejabat terdekat boleh saya hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan?

  7. Jawapan: Permohonan boleh dihantar ke pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN yang berhampiran dengan rumah tuan/puan.

  8. Soalan: Saya dan isteri bukan kelahiran Selangor dan telah menetap di Selangor tidak sampai 10 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini untuk anak OKU saya?

  9. Jawapan: Tidak boleh. Minimum tempoh pemastautin adalah selama 10 tahun.

  10. Soalan: Saya dan isteri lahir di Selangor tetapi menetap di Perak, bolehkah saya memohon bantuan untuk anak OKU saya?

    Jawapan: Tidak boleh. Pemohon hendaklah sedang menetap di Selangor sahaja.

  11. Soalan: Saya lahir di Perak, isteri lahir di Selangor, anak saya OKU dan kami sedang menetap di Selangor. Layakkah kami memohon bantuan ini untuk anak saya?

    Jawapan: Boleh.

  12. Soalan: Saya dan isteri bukan kelahiran Selangor, anak OKU berumur 9 tahun, dan kami sedang menetap di Selangor sudah lebih 10 tahun. Bolehkah saya memohon?

    Jawapan: Boleh, namun tuan/puan perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin di ruangan pada borang permohonan. Sila rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan.

  13. Soalan: Anak saya OKU dan memerlukan bantuan makanan khusus seperti yang disarankan oleh doktor dan juga sesi terapi khas di pusat terapi tertentu. Bolehkah saya memohon untuk 2 jenis bantuan tersebut?

    Jawapan: Boleh. Sila rujuk senarai dokumen yang diperlukan dan lampirkan bersama sewaktu permohonan dibuat kelak. Adalah diingatkan jumlah maksima bantuan adalah sehingga RM 5,000.00 sahaja. YAWAS tidak bertanggungjawab membayar lebihan kos sekiranya ia melebihi jumlah yang ditetapkan.

  14. Soalan: adakah permohonan saya akan diproses sekiranya dokumen yang saya lampirkan tidak lengkap

    Jawapan: TIDAK. Kerana semua pemohonan tanpa melampirkan dokumen yang mencukupi akan ditolak.

Semak Status Permohonan Permohonan Ditutup Log Masuk Admin