Pencapaian Bantuan Khas ANIS
Jumlah Permohonan
Bantuan khas ini dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU untuk kegunaan mereka sewaktu kecemasan atau bagi tujuan mengurangkan kos sara hidup, pemulihan dan pendidikan yang ditanggung oleh ibu bapa / penjaga.
YAWAS mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon bantuan ANIS bagi mendapatkan manfaat bersifat one-off dengan jumlah maksima sehingga RM 5,000.00 setahun bagi satu isi keluarga.
Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor ATAU bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan)
Ibu /bapa/ penjaga salah seorang Pengundi Selangor
Dihadkan kepada anak OKU berumur 18 tahun ke bawah
Mempunyai Kad OKU atau Surat Pengesahan Doktor (Jika tiada Kad OKU)
Sekiranya penjaga merupakan ibubapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973
Pemohon boleh memohon secara atas talian
Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.
Permohonan beserta dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses
Permohonan boleh dihantar kepada :
i. Emel daftaranis@gmail.com ATAU
ii. Pusat Khidmat Masyarakat DUN berhampiranATAU
iii. Pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor
Salinan kad pengenalan pemohon.
Salinan kad pengenalan pasangan.
Salinan Sijil Daftar / Kad Nikah Ibu Bapa Anak OKU
Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan).
Salinan kad pengenalan anak istimewa
Salinan Kad OKU dari JKM atau surat pengesahan doktor berkaitan dengan masalah anak. (Jika tiada kad OKU)
Cop pengesahan mastautin yang disahkan bagi ibu/bapa/penjaga yang bukan kelahiran selangor (Rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan sahaja)
Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Tertakluk bagi makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)
Salinan surat tawaran pusat pembelajaran, sebutharga yuran pembelajaran, dan penyata bank pusat pembelajaran. (Tertakluk bagi kategori pendidikan khas/sesi terapi untuk anak OKU)
Salinan Semakan daftar Pemilih SPR https://pengundi.spr.gov.my
Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan adalah seperti berikut:
Ahli Parlimen / Senator.
ADUN / Pengerusi JK Penyelaras DUN.
Penghulu / Ketua Kampung
Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan.
Pengerusi Taman Perumahan / Ketua Blok
Masjid / Pengerusi Surau / Ketua Tokong / Ketua Kuil / Ketua Gereja / Ketua Komuniti
Jumlah Permohonan
Jumlah Permohonan
Jumlah Penerima
Peruntukan Digunakan